"Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat" atau radiuz adalah sebuah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang menggunakan konsep Affiliate Marketing dalam kutipan dan pembayaran zakat.
“Mereka berhak belajar dan berjaya seperti yang lain…” Golongan OKU memerlukan pendidikan khas untuk membangunkan potensi mereka. Dengan bantuan ini, kita memastikan anak-anak OKU berpeluang belajar di pusat penjagaan khas tanpa terbeban dengan yuran pendidikan dan kos keperluan pembelajaran. Sumbangan anda membiayai: • Yuran Pendidikan: Menampung kos belajar di pusat khas. • Kelengkapan Pembelajaran: Buku, alat tulis, dan peralatan khas. • Peluang Masa Depan: Membantu mereka menjadi insan berdikari. Bantu mereka hari ini. Tiada batasan untuk kejayaan mereka.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Hari tua kami sepi, namun di sini kami temui kasih sayang…” Ramai warga emas hidup tanpa keluarga yang menjaga mereka. Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah ini menyediakan perlindungan, penjagaan kesihatan, dan sokongan emosi agar mereka dapat menjalani hari-hari terakhir dengan selesa dan bermaruah. Sumbangan anda membantu: • Tempat Tinggal Selamat: Kediaman yang selesa dan terurus. • Penjagaan Kesihatan: Rawatan perubatan dan pemantauan berkala. • Sokongan Emosi: Aktiviti dan kaunseling untuk kesejahteraan mental. Bantu mereka menikmati hari tua dengan penuh kasih sayang dan ketenangan.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Persekitaran yang selesa menyokong pengajaran dan kebajikan…” Banyak sekolah dan institusi Islam, termasuk madrasah, pusat pengajian, dan rumah perlindungan, memerlukan sokongan untuk menyediakan kemudahan asas dan peralatan yang mencukupi. Bantuan ini bertujuan untuk memperbaiki fasiliti, menyedia peralatan, serta memberikan sokongan kewangan untuk guru, pelajar, dan komuniti Islam yang memerlukan. Sumbangan anda membantu: • Baik Pulih Bangunan dan Fasiliti: Membaiki infrastruktur untuk keselesaan semua penghuni dan pelajar. • Peralatan Pendidikan dan Agama: Buku, al-Quran, alat tulis, dan keperluan pengajaran. • Sokongan Kewangan untuk Institusi: Menyokong operasi institusi dalam menyediakan persekitaran yang baik untuk pengajaran dan kebajikan. Dengan sokongan anda, kita membantu memastikan institusi Islam berfungsi dengan lancar dan menyediakan persekitaran yang berkualiti bagi pengajaran dan kehidupan masyarakat. Bantu tingkatkan kualiti pengajaran dan kehidupan dalam institusi Islam.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukBaik Pulih Rumah: Tempat Selamat untuk Keluarga Asnaf “Rumah kami hampir roboh, tetapi kami tiada pilihan…” Ramai keluarga asnaf fakir, miskin, dan muallaf hidup dalam rumah yang uzur dan membahayakan. Atap bocor, dinding retak, dan lantai rosak mengancam keselamatan dan kesihatan mereka. Bantuan baik pulih ini memastikan mereka mendapat tempat tinggal yang selamat dan selesa. Sumbangan anda membiayai: • Pembaikan Struktur: Baiki atap, lantai, dan dinding yang rosak. • Keselamatan Kediaman: Elakkan risiko kemalangan dan penyakit. • Kualiti Hidup Lebih Baik: Berikan mereka kehidupan bermaruah. Bantu bina semula rumah, bina semula harapan.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Mereka mendidik dengan ikhlas, kita hargai dengan sumbangan…” Guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) berperanan mendidik anak-anak tentang ilmu asas agama seperti solat, wudhu, dan al-Quran. Namun, elaun mereka sering tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian. Bantuan ini memastikan mereka dapat mengajar dengan lebih fokus dan berdedikasi. Sumbangan anda membiayai: • Sokongan Kewangan: Meringankan beban guru KAFA. • Kualiti Pengajaran: Menggalakkan pengajaran berkualiti tinggi. • Pembangunan Generasi: Membentuk anak-anak yang berilmu dan berakhlak. Hargai pengorbanan guru. Sokong usaha mendidik generasi muda.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk"Hutang ini menjerat kami, tetapi kami mahu bebas…” Ramai fakir, miskin, dan muallaf terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas seperti perubatan, sewa rumah, dan pendidikan. Beban hutang ini menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang stabil dan bermaruah. Sumbangan anda membantu: • Melangsaikan Hutang Tertunggak: Elakkan risiko dikejar pemiutang. • Stabilkan Kehidupan: Kurangkan tekanan untuk fokus pada masa depan. • Membina Harapan Baru: Bebas dari hutang untuk kehidupan lebih baik. Bantu mereka keluar dari belenggu hutang.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Rawatan ini nyawa kami, tetapi hutang membebankan…” Lebih 8,000 penduduk Selangor memerlukan rawatan dialisis berkala akibat penyakit buah pinggang kronik. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan ramai terbeban dengan hutang yang membelenggu hidup mereka. Tanpa bantuan, ada yang terpaksa menghentikan rawatan, mengancam nyawa mereka. Sumbangan anda membantu: • Melangsaikan Hutang Rawatan: Ringankan beban kewangan pesakit. • Meneruskan Rawatan Dialisis: Pastikan rawatan berterusan tanpa gangguan. • Memberi Harapan Hidup: Fokus kepada pemulihan tanpa tekanan hutang. Bantu mereka teruskan rawatan dan kehidupan.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukDermasiswa Huffaz: Sokongan Ilmu untuk Penjaga Kalamullah. “Kami ingin menghafal al-Quran sepenuhnya, tetapi kos belajar membebankan…” Pelajar huffaz memerlukan sokongan kewangan untuk yuran pengajian, keperluan hidup, dan bahan pembelajaran. Bantuan Dermasiswa Huffaz ini memastikan mereka dapat fokus sepenuhnya kepada hafazan al-Quran tanpa risau akan beban kewangan. Sumbangan anda membiayai: • Yuran Pengajian: Kos belajar di pusat tahfiz. • Buku dan Kelengkapan: Al-Quran dan bahan hafalan. • Keperluan Harian: Sokongan sara hidup pelajar Bantu lahirkan generasi huffaz yang membawa keberkatan untuk ummah.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukSatu tragedi besar melanda Putra Heights apabila kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas memusnahkan rumah dan mencederakan ramai penduduk. Dalam sekelip mata, mereka kehilangan tempat berteduh dan harta benda. Sebagai badan amanah yang menguruskan dana zakat umat Islam, Zakat Selangor segera turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa dan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat. Bantuan Asasi yang akan disalurkan kepada mangsa adalah seperti berikut: Bantuan baikpulih rumah (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bina baru rumah (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bayaran sewa rumah bulanan (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bencana musibah kebakaran (BUKAN Asnaf) Semua bantuan ini akan disalurkan setelah mendapat pengesahan senarai mangsa daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/ Negeri. Mudah-mudahan dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan. Jumlah keperluan sebenar akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila menerima maklumat terkini dan terperinci daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukWarna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-