Bantu usaha dakwah zakat melalui Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (radiuz)

Jana pendapatan sampingan sambil berdakwah zakat


Tentang

radiuz adalah singkatan untuk Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat. Ianya merupakan satu program affiliate atau Affiliate Marketing merujuk kepada satu kaedah untuk menjana pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran yang tugasnya adalah mempromosikan produk dan perkhidmatan Lembaga Zakat Selangor. radiuz akan menerima komisen setiap kali kenalan atau ahli keluarga mendaftar dan menunaikan zakat melalui program ini.

Konsep

radiuz menggunakan konsep Affiliate Marketing iaitu salah satu model pemasaran di mana seseorang (affiliate) mempromosikan produk dan perkhidmatan dan mendapat komisen atas setiap penjualan atau tindakan yang dihasilkan melalui usaha mereka.

Matlamat

Menyebarkan dakwah atau hebahan zakat kepada khalayak yang lebih luas. Dalam masa yang sama, mampu meningkatkan kepercayaan apabila maklumat zakat disebarkan oleh rakan-rakan yang dikenali.

Daftar sekarang sebagai radiuz

Bantu usaha dakwah zakat melalui radiuz dan jana pendapatan sampingan sambil berdakwah zakat

Program radiuz | Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat

Informasi Dan Maklumat

Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan?

Anda boleh mempromosikan sambungan affiliate di akaun media sosial dan anda akan mendapat komisen untuk setiap pembayaran zakat yang layak.

Mengemaskini Profile Affiliate

Jika anda adalah seorang affiliate berdaftar, anda boleh log masuk dan kemaskini profil anda serta sambungan ke pelbagai akaun media sosial.

© Lembaga Zakat Selangor. Hak cipta terpelihara
TOP