APA ITU RADIUZ?
radiuz atau Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat merupakan program Affiliate Marketing, iaitu satu kaedah menjana pendapatan secara online sebagai ejen pemasaran yang tugasnya adalah mempromosikan produk dan perkhidmatan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada masyarakat.
APA LAMAN RASMI RADIUZ?
www.radiuz.zakatselangor.com.my
APAKAH MODEL YANG DIGUNAKAN?
radiuz menggunakan model Affiliate Marketing yang membolehkan setiap radiuz menerima komisen apabila berjaya melakukan kutipan zakat melalui link radiuz masing-masing yang dihebahkan kepada masyarakat.
APAKAH MATLAMAT RADIUZ?
Membantu LZS memperluas capaian dakwah zakat ke kelompok masyarakat yang pelbagai.
ADAKAH RADIUZ MENERIMA KOMISEN?
radiuz akan menerima komisen atas setiap kutipan zakat yang dilakukan menggunakan link radiuz masing-masing.
KADAR KOMISEN YANG DITERIMA?
1% daripada jumlah kutipan zakat yang diterima dari pembayar zakat baharu melalui link radiuz masing-masing.
APA MAKSUD PEMBAYAR ZAKAT BAHARU?
Pembayar zakat yang pertama kali membayar zakat di LZS atau tiada rekod di LZS sebagai pembayar zakat sedia ada/lama.
BAGAIMANA CARA MENJADI RADIUZ?
Sila dapatkan maklumat, terma dan syarat serta langkah-langkah untuk mendaftar sebagai radiuz dengan merujuk infografik yang disediakan di portal radiuz atau menerusi langkah-langkah berikut seperti di bawah:
BAGAIMANA CARA MENAMBAH PENDAPATAN SETELAH BERJAYA SEBAGAI RADIUZ?
radiuz cuma perlu mempromosi kandungan dakwah LZS di mana-mana platform media sosial (Facebook, Instagram, X, Tiktok dll.) atau applikasi messenger (Whatsapp, Telegram dll.) dengan menyertakan link radiuz masing-masing. Setiap kali berlaku pembayaran zakat oleh pembayar zakat baharu melalui link yang disertakan, radiuz layak menerima komisen.
ADAKAH MANUAL ATAU PANDUAN DIBERIKAN?
Ya. Selepas anda menghantar permohonan sebagai radiuz, LZS akan menyemak dan memproses permohonan. 1 notifikasi akan dihantar untuk tindakan seterusnya. Sekiranya lulus, anda boleh log masuk dan kemaskini profil anda untuk tindakan lanjut. Sila klik pautan ini user manual sebagai panduan anda untuk menggunakan portal radiuz.
Sekiranya gagal, anda boleh memohon semula sebagai radiuz.
ADAKAH IA TERTAKLUK KEPADA PDPA?
Ya. Pengesahan wajib dibuat sebelum dihantar. Penyataan adalah seperti berikut:
Saya mengesahkan bahawa segala maklumat dan data yang diberikan adalah BENAR, TEPAT, LENGKAP dan TERKINI. Saya faham dan bersetuju sekiranya maklumat palsu dan tidak benar, pihak Zakat Selangor berhak mengambil tindakan ke atas saya. Dengan memberikan data peribadi saya, saya bersetuju membenarkan LZS menggunakan dan memproses data peribadi saya sebagaimana dalam Notis Privasi Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Menara Zakat Sultan Idris Shah, No. 1, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1300 88 4343
Waktu Operasi
Isnin –Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang
Rehat Jumaat : 12.15 tengahari – 2.45 petang
Cuti Umum : Tutup
Alamat e-mel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-