"Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat" atau radiuz adalah sebuah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang menggunakan konsep Affiliate Marketing dalam kutipan dan pembayaran zakat.
Satu tragedi besar melanda Putra Heights apabila kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas memusnahkan rumah dan mencederakan ramai penduduk. Dalam sekelip mata, mereka kehilangan tempat berteduh dan harta benda. Sebagai badan amanah yang menguruskan dana zakat umat Islam, Zakat Selangor segera turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa dan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat. Bantuan Asasi yang akan disalurkan kepada mangsa adalah seperti berikut: Bantuan baikpulih rumah (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bina baru rumah (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bayaran sewa rumah bulanan (Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf) Bantuan bencana musibah kebakaran (BUKAN Asnaf) Semua bantuan ini akan disalurkan setelah mendapat pengesahan senarai mangsa daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/ Negeri. Mudah-mudahan dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan. Jumlah keperluan sebenar akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila menerima maklumat terkini dan terperinci daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Mereka berhak belajar dan berjaya seperti yang lain…” Golongan OKU memerlukan pendidikan khas untuk membangunkan potensi mereka. Dengan bantuan ini, kita memastikan anak-anak OKU berpeluang belajar di pusat penjagaan khas tanpa terbeban dengan yuran pendidikan dan kos keperluan pembelajaran. Sumbangan anda membiayai: • Yuran Pendidikan: Menampung kos belajar di pusat khas. • Kelengkapan Pembelajaran: Buku, alat tulis, dan peralatan khas. • Peluang Masa Depan: Membantu mereka menjadi insan berdikari. Bantu mereka hari ini. Tiada batasan untuk kejayaan mereka.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Kami ingin menghafal al-Quran sepenuhnya, tetapi kos belajar membebankan…” Pelajar huffaz memerlukan sokongan kewangan untuk yuran pengajian, keperluan hidup, dan bahan pembelajaran. Bantuan Dermasiswa Huffaz ini memastikan mereka dapat fokus sepenuhnya kepada hafazan al-Quran tanpa risau akan beban kewangan. Sumbangan anda membiayai: • Yuran Pengajian: Kos belajar di pusat tahfiz. • Buku dan Kelengkapan: Al-Quran dan bahan hafalan. • Keperluan Harian: Sokongan sara hidup pelajar. Bantu lahirkan generasi huffaz yang membawa keberkatan untuk ummah.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untuk“Rumah kami hampir roboh, tetapi kami tiada pilihan…” Ramai keluarga asnaf fakir, miskin, dan muallaf hidup dalam rumah yang uzur dan membahayakan. Atap bocor, dinding retak, dan lantai rosak mengancam keselamatan dan kesihatan mereka. Bantuan baik pulih ini memastikan mereka mendapat tempat tinggal yang selamat dan selesa. Sumbangan anda membiayai: • Pembaikan Struktur: Baiki atap, lantai, dan dinding yang rosak. • Keselamatan Kediaman: Elakkan risiko kemalangan dan penyakit. • Kualiti Hidup Lebih Baik: Berikan mereka kehidupan bermaruah. Bantu bina semula rumah, bina semula harapan.
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukWarna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-