"Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat" atau radiuz adalah sebuah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang menggunakan konsep Affiliate Marketing dalam kutipan dan pembayaran zakat.
ZAKAT SELANGOR BERSAMA MANGSA KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS Pagi ini, satu tragedi besar melanda Putra Heights apabila kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas memusnahkan rumah dan mencederakan ramai penduduk. Dalam sekelip mata, mereka kehilangan tempat berteduh dan harta benda. Sebagai badan amanah yang menguruskan dana zakat umat Islam, Zakat Selangor segera turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa dan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat. Di Pusat Perpindahan Sementara, kami menyantuni para mangsa termasuk mereka yang merupakan asnaf Zakat Selangor. Keperluan asas seperti makanan dan keperluan harian disalurkan untuk meringankan beban mereka yang diuji. Kami juga tidak melupakan pasukan petugas barisan hadapan, khususnya anggota Bomba & Penyelamat yang bertungkus-lumus mengawal keadaan sejak awal pagi. Makanan dan minuman disediakan buat mereka yang bekerja tanpa mengenal penat demi keselamatan semua. Doakan agar semua mangsa diberi kekuatan dan kesembuhan. Bagi mereka yang ingin bersama membantu, teruskan menyokong usaha Zakat Selangor agar lebih ramai asnaf dan mereka yang dalam kesusahan dapat dibantu. Bersama kami bantu mereka. https://radiuz.zakatselangor.com.my/zakat/payment/RDZ0185ALIFRAHIM92
Klik disini untuk teruskan membayar zakat untukWarna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-